Kehidupan awal Myoui_Mina

Mina lahir pada 24 Mac 1997 di San Antonio, Texas dan berpindah ke Nishinomiya, Hyōgo ketika kecil. Beliau mempelajari tarian balet selama sebelas tahun sebelum menyertai sekolah tarian Urizip untuk latihan tarian moden. Pada tahun 2013, beliau telah dilihat oleh seorang staf JYP Entertainment semasa membeli belah bersama ibunya dan dijemput untuk menyertai JYP Entertainment Global. Beliau menjalani ujibakat dalam di Jepun dan menyertai program pelatih di Korea Selatan pada 2 Januari 2014.[1]